Monday, 18 April 2011

kembali ke dunia Lama......

assalammualaikum.....

sori coz aku dh lama x update blog nie...minggu nie agak penat dan padat.... aku baru jer selesai menjalani praktikum untuk Fasa Pertama....alhamdulillah aku dapat menjalaninya dengan baik dan lancar....cuma ada beberapa perkara yang perlu aku buat penambahbaikkan....papehal pun thanks to all teachers at the Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Melaka kerana banyak memberi ilmu dan membantu kami yang kurang pengalaman dalam dunia pendidikan nie....tidak lupa pada murid-murid kesayangan terutamanya murid-murid pendidikan khas SK Bukit Lintang, Melaka kerana banyak memberi kerjasama terutamanya ketika "CIKGU" kena observe dengan "CIKGU" punya "CIKGU" ( pensyarah pembimbing).....

aku telah meninggalkan kenangan yang terindah bersama-sama dengan mereka ini....aku rasa bersyukur kerana aku dapat mendidik mereka nie....hanya Allah yang tahu betapa aku sangat menyayangi mereka nie.... aku mula sukai dunia pendidikan khas walaupun selama ini agak berat untuk aku menerimanya....Allah telah tetapkan rezekiku di dunia pendidikan...aku tidak boleh berpaling ke belakang lagi.....

menjadi seorang forensik akan ku kuburkan di dalam hati supaya ia tidak timbul lagi untuk aku menyalahi diriku dan orang lain kerana memilih dunia pendidikan....hahahahah tetiba touching plk.....huuhuhhu sedih...sedih.... kepada muhaimin....teruskan perjuanganmu dalam memiliki title sorang forensik....ko jer harapan aku untuk aku lihat seorang forensik dalam diri aku walaupun pada ko....atleast terubat jugaklah.... aku doakan yang terbaik untuk ko muhaimin walaupun waktu matrik dulu kita sama-sama berjuang untuk menjadi seorang forensik sama-sama....

aku nak share something dan tanya something pada smua....
cam na nak buat bila kita teringat pada seseorang yang pernah menjadi sebahagian dalam hidup kita???
huhuhuhhuuh...
ntahlah lately nie aku sering kali teringatkan my "exBF".....xth kenapa.....dah setahun kot aku dengan "DIA" putus...tapi aku still teringatkan pada dia....cm na ek nak buat????
sampai kadang-kadang aku terfikir KALAULAH aku leh jadi cm "Dumledore" dalam citer Harry potter yang boleh erase benda yang kita x nak dalam otak kita....
pastu tetiba plk aku terdengar lagu ini yang seakan2 mengetahui isi hatiku pada masa sekarang....
so aku nak kongsi bersama korang-korang nie dengan lagu yang telah menarik minat aku untuk menyanyi....hahahahahahaha

Lirik Aku Bukan Pilihanmu – Isma



Jutaan hari berlalu sudah
Tak ku sedari begini jadinya
Kisah yang indah berlalu sudah
Cintaku musnah hancur berderai


Betapa dukanya hatiku
Bila cintaku tak ke mana
Hatiku kau guris luka
Ku tabahkan jua hatiku ini



Chorus
Cintamu yang lalu
Masih ku terasa
Akan diri ini sama bagai dulu
Kenangan bersamamu
Masih ku terasa
Apakan daya aku bukan pilihanmu


Ulang Chorus


Derita yang ku tanggung ini
Jiwaku terus meronta
Tak tertahan pedih hatiku
Hanya doa ku kirimkan untukmu



oklah...
aku x nak merasa sedih lagi (yela kita ditinggalkan tanpa sebarang alasan yang kukuh.tinggal sebegitu rupa sahaja) sapa tak sedih kot. hidup penuh tanda tanya apa salah yang kita buat padanya sampai buat kita seperti itu. tinggal tanpa sepatah kata)
aku terpaksa beredar dahulu kerana ada kerja yang perlu dibuat....hahahhaa
hope aku dapat menulis lagi.....
adios...
salam....

Saturday, 9 April 2011

hati dilukai....

Assalammualaikum....

sori coz sudah lama x update blog.....
sangat2lah bz sekarang nie..
tambah-tambah nak nak abis praktikum...
lagi abnyak keje yang kena buat....
hahahahaha

aku nak kongsi satu citer yang amatsedih kot bagi aku pada hari ini.......
aku nak story satu benda nie....
aku x pernah citer pada sesiapa...
hanya aku sajer yang tahu......aku x nak citer sebelum nie cz aku rasa benda tue tidak sah lagi...
sekarang dah sah dan MELUKAKKAN HATIKU....HUHUUHU
aku baru dapat tahu baru sahaja tadi yang LeLaKi yang aku admire selama ini telah dimiliki oleh orang lain.....

Sedihnya tak tertanggung......betulllah orang kata bahawa kalu pendam akan menyakitkan hati sendiri....
dan benda ini terjadi kepadku.....


tolong...tolong.....sedih....sedih.....
tak sangka dia dah ader yang punya...selama aku berkawan dengan dia.....aku ingat dia seorang yang single...tapi tafsiran aku melest sama sekali......tanpa aku sedari dia telah berpunya....

apalah nasib aku yang masih lagi tidak ada insan yang bernama BOYFRIENDS!!!!!!!
apalah yang tidak kena padaku sampai orang x nampak aku....huhhuhuhuuhuh
aku sedar diri ini yang aku nie bukan seorang WANITA atau PEREMPUAN yang sempurna...
banyak seba serbi kekurangan pada diri aku...
aku x seperti perempuan lain.....
dah ar aku tak lawa....gemuk plk tue....
xde sapa yang nak pandang aku....
bilalah insan yang bernama "BOYFRIEND" akan muncul dalam hidup aku.....
kadang-kadang aku terfikir adakah insan ini dalam hidupku....
adakah kebahagiaan yang boleh aku kecapi bersama-samanya....
mungkin bagi sesetengah orang benda seperti ini akan datang sendiri tanpa dipinta....
tak payah difikirkan sangat.....
tapi bagi aku aku rasa aku perlu pikir jugak....(xdelah kerap sangat)
kadang-kadang aku terfikir jugak...
adakah insan ini untuk aku?????????
huhuuhuhuhhuuh
SEDIH SANGGGGGGGGGGAAAAAAAAAAATTTTTTTTT!!!!!
sebelum ini aku rasa bahagia dengan dia...
dia mendengar rintihan hati aku....
buat aku ketawa bila aku sedih.....
boleh berkongsi semua cerita....
pasal aku dan pasal dia...
tapi sekarang.....SEMUANYA PUNAH!!!!!
menangis jugak hati ini......wawawawawa
lepas ini aku akan cuba membuangkan perasaan aku untuk dia.....
sedih.....aku ingat dia yang terbaik untuk aku kot....
tapi.......bukan jodoh aku....
kesian x aku nie????
erm....xpelah....kita jumpa di lain dan waktu yang
adakah suatu hari nanti aku akan dapat lelaki yang aku idamkan seperti orang lain....

adios....
wassalam......

Wednesday, 30 March 2011

PrakTiKum...Oh! PrakTiKum!!!!!

Assalammualaikum....


sori coz dah lama sangat aku x update blog nie.....
aku dah lama x update sebab aku xde masa untuk membukanya....
argggggghhhhhhhhhhh!!!! banyak sangat kerja bila dah praktikum nie....


lupa nak bercerita....sekarang nie aku tengah dalam perkhidmatan praktikum fasa I selama 4 minggu di Sekolah kebangsaan Bukit Lintang, Melaka....


aku telah ditempatkan di dalam option aku iaitu Pendidikan khas....


nie adalah kelas pendidikan khas yang aku mengajar..
bagi aku sekolah nie yang the best aku pergi....sebab sebelum aku nak pergi ke praktikum....aku selalu memikirkan boleh ker aku nie berkomunikasi dengan pihak pentadbir dan guru-guru disana sama ada guru aliran perdana mahupun pendidikan khas...adakah mereka sombong dan x nak bertegur sapa dengan budak2 praktikum cam kami nie....rupanya sangkaan aku meleset sama sekali...guru-guru di sana sangatlah baik termasuk pihak pentadbir sekolah....murid-murid jugak baik....x sangka mereka terima kami dengan sebaik-baiknya....aku pergi ke praktikum bersama-sama pasangan praktikumku iaitu Siti Nurqomariah binti Meskun.


akubersama pasanganku
aku masih lagi belajar untuk menjadi seorang guru yang berjaya serta dapat mendidik anak bangsa sedaya upaya terutamanya murid-murid pendidikan khas.....


perasaan aku semasa pertama kali menjejak kaki di sekolah, aku rasa cam nak amik SPM...takut tue SUBHANAALLAH....tak terkata kot bagaimana perasaan aku ketika itu....macam2 aku memikirkannnya.... yela..aku x biasa buat cm nie...lagi pun nie praktikum buat pertama kali....rasa cAM KEJAP JER DAH  praktikum....dulu rasa cm jauh sangat atau lambat lagi nak praktikum....tapi sekarang xth ar nak kata cm na...
aku nie serba serbi xth ko\t....banyak yang aku perlu pelajari.....aku harap aku leh tempuh dugaan semasa aku praktikum di sini....


nanti aku letakkan persekitaran sekolah yang aku duduki sekarang....


ini merupakan bilik pendidikan khas...

pemandangan di sekita bilik pendidikan khas...

kata-kata yang menyentuh hati...
secara kesimpulannnya, aku suka berpraktikum di SK Bukit Lintang, Melaka.......


berharap sangat bila praktikum ke-3 dapat batu lintang lagi....
hhuuhhuuhuh.....oklah nnt aku cerita lagi lebih lanjut tentang praktikum aku pulak...


oh...lupa plk nak bgth.....yang pasal kehidupan aku kat matrik tue kita hold on dulu.....
banyak benda nak tulis nie...
aku tulis yang the latest dulu...
nnt ader masa terluang aku akan menceritakan kehidupan aku di matrik yang banyak suka dan duka selama setahun di Matrik Pulau Pinang....


mata aku pun dah layu...sok kena bawak budak g pertandingan tilawah dan nasyid di SMK Air Keroh, Melaka....
adios....wassalam...

Tuesday, 15 March 2011

KEBOSANAN MELAMPAU



Assalammualaikum...


huuhuhuhuh dah lama x update blog....bz sikit dalam 2, 3 minggu nie.....tensen!!!tensen!!! kejap jer dah ari selasa.....sok dah rabu....assignment satu pun x sentuh lagi....ari jumaat dah nak balik MELAKA!!! 
aku sekarang berada di rumah....huhuhhuuu....cuti sekolahkan....tapi aku ader tanggungjawab yang perlu diselesaikan di rumah ini.....mama aku x sihat.....ntahlah aku pun xth apa penyakit mama aku....mama aku x lalu nak makan pastu asyik muntah jer...makan jer muntah...badan dia dah makin susut....risau sangat aku....dh bawak g jumpa doktor tapi doktor cakap xde pape....risaunya aku....
manalah aku x risau...mama aku tue jelah satu-satunya mama dan juga papaku selepas papaku meninggal...aku dah xde tempat untuk berlindung....hanya mama jer tempat untuk suka dan duka aku.....(huuhuhuu sedih sedikit). aku berdoa sangat pada Allah supaya penyakit mamaku sembuh cepat...Amin!!!!
AKU BERSAMA MAMA SEMASA RAYA 2010

sebelum tue aku nak ucapkan HAPPY BEZDAY TO MAMAKU SAYANG pada 4 Mac 2011.... ari tue merupakan hari lahir mama yang ke-63 tahun....syukur alhamdulillah kerana Allah memanjangkan usia mama sampai 63 tahun.....I LOVE U VERY VERY VERY VERY VERY MUCH MAMA!!!!!


HAPPY BEZDAY MAMA!!!!
Thnaks coz melahirkanku dan mendidikku sehingga aku menjadi insan yang berguna...
I LOVE YOU MAMA

aku sampai umah pada 11 Mac 2011 pada pukul 9.00 malam....fuhhh penat giler......aku balim bersama my sister MURNI dengan keta....huhuhuuh perjalanan ku biasa sahaja...
hahahhahaaa

pada 12 Mac 2011, famili keluarga mamaku telah membuat family day di teluk senangin yang diadakan pada sebelah pagi da petang manakala di New Village (Kampung Baru) pada sebelah malam....pada sebelah pagi diadalan sukaneka dan sambutan bezday anak sedaraku yang usianya 3 tahun.....keluarga belah mamaku telah berkumpul....ramai juga yang datang dan ader juga yang x dapat datang....setiap keluarga telah mendapat warna untuk keluarga masing-masing. keluarga aku telah mendapat warna ungu...selain diadakan sukaneka kami juga mengadakan BBQ...best..best...hahahahha
acara yang berlansung sangat best...hhuuhhuuhuhu semua berjalan dengan lancar......masing-masing x kira mak sedara atau bapak sedara, sepupu dan juga anak-anak sepupu yang merangkap cicit...huhhuu aktiviti yang paling kelakar adalah aktiviti antara sepupu-sepupu...iaiatu kereta api pantas....huhuhuuhuhuh bagi aku aktiviti nie sangat unik dan menarik...yang x dapat tahannya kumpulan yang diketuai oleh GG (Suami kepada Nadia) asyik berundur ke belakang jer cz apabila baling jer dadu mesti mendapat negatif...hahahhaha kumpulan itu medapat tempat yang terakhir...huhuhuhu semuanya memberi komitmen yang sangat baik.... aku sayang sepupu-spupuku....

pada sebelah malam pula diadakan bacaan tahlil di kampungku dan juga karaoke serta penyampaian hadiah kepada pemenang yang memenangi aktiviti sukaneka pada sebelah pagi,....aku x join pun bacaan tahlil coz aku terlalu mengantuk sampai aku tertidur kat atas....bangun-bangun jer dah dengar orang berkaraoke....huuhuhhuhuu sori kepada smua....aku x larat sangat...x cukup tidur....malam tue ramai juga yang mengcungkil bakat dalam nyanyian...penyanyi popular cam kak gjan dan abang syamsul x payah disangkal lagi..memang sedap..sorang cam ziana zain dan sorang lagi cam awie....yang xtahan tue pakcik aku iaitu PAK CIK JAAFAR telah menunjukkan skill menyanyinya...leh tahan jgak...huhhuhuuh maklumlah rumah barunya ada bilik karaoke..mesti pakcik latih hari-hari........cayalah PAK CIK...panyampaian hadiah diselang selikan dengan menyanyi karaoke...semua mendapat sama arata....sepupu perempuan dapat beg manakala sepupu lelaki dapat kain pelekat...mak atau bapak sedara dapat kain sembahyang dan kain pelekat...cicit plk dapt pensel box dan fail...oklah tue...untuk family pulak dapat hamper sorang satu...aku telah balik umah pada pukul 1 pagi....manalah x penat...huhuhuhuh

tak lupa juga pada kawan rapat ku iaitu Nur Aqilah binti Che Man kerana menyambut kelahirannya pada 12 Mac 2011....SELAMAT HARI JADI QILAH YANG KE-23.... 
HAPPY BEZDAY QILAH...

sori qilah aku x dapat wish padaari jadi ko coz aku bz sikit dengan family daya aku.....semoga ko panjang umur dan dimurahkan rezeki...cepat-cepatlah kawen...aku x sabar nak makan nasi minyak ko dengan azrin...hhuhuhuhuhuuh semoga kekal sampai akhir hayat...aku sayang korang berdua....
sebelah kiri tue qilah (bezday girl dan yang sebelah kanak tue best frenz qilah Sarah...
nie qilah bersama kekasih pujaan hatinya merangkap kawan aku jugak nama dia azrin...

Tuesday, 1 March 2011

KaRNiVaL PeRMaiNaN TraDiSioNaL

Assalammualaikum......


sudah lama aku tidak buka blog nie..malumlah bz sikit...tambah-tambah dengan Karnival Permainan Tradisional...lega rasa hati nie bila karnival tu sudah selamat dijalankan...SO FAR SO GOOD....xde pape masalah dari segi teknikal....semua berjalan dengan BAIIIIIIIIKKKKKKKK Sekali....huuhuhhuuhhuhu


Untuk pengetahuan semua Karnival Permainan Tradisional ini adalah program wajib untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 5....untuk batch aku ader seramai 8 unit yang terlibat dalam mengendalikan karnival ini....sebelum2 nie senior buat kecil-kecilan sahaja....tapi kali ini oleh kerana batch aku terlalu ramai sampai 8 unit so kami dikehendaki untuk membuat karnival ini untuk semua warga IPG (guru pelatih dan pensyarah)....


Perrrrrrgggggggghhhhhhh!!!!!! bila dengar jer rupa itu terus cam rasa cam nak pengsan....manataknya wat karnival untuk semua guru pelatih..kiranya cam buat Kejohanan Olahraga Tahunan (K.O.T)...besar tueeeeeee program nie...UMPAMA JATUH DIHEMPAP TANGGA...unit aku diberi tugasan yang amat berat sekali iaitu teknik dan pertandingan...maknanya unit aku kena wat semua peraturan permainan dan juga sekretariat....tapi bagi unit aku tue sebagai cabaran dan pengalaman yang orang lain @ unit lain dapat....
sebelum karnival ini dijalankan macam2 perkara yang berlaku...biasalah adatlah tu...orang bawahan yang mengikut arahan orang atasan...


karnival ini dijalankan pada 26 Februari 2011...tarikh yang cantik bagiku....amat sesuai....
banner utk K.P.T

jemputan ke K.P.T
Tahniah kepada unit Matematik cz membuat design banner dan jemputan yang cantik sangat.....aku sangat menyukainya....


aku tak sangka guru pelatih memberi kerjasama yang baik semasa karnival nie berlangsung....thanks to semua guru pelatih kerana menjayakan program kami nie....

nie ler orang kuat AJK Teknik dan Pertandingan
oklah...
aku pun banyak kerja nak buat nie...
besalah report sudah mali....
huhuhuuh
adios!!!!
wassalam...

Friday, 25 February 2011

kenangan mengusik jiwa

Assalammualaikum...


setiap orang mesti mempunyai sesuatu kenangan yang tidak dapat dilupakan...x kiralah sama ada dari segi percintaan ker kawan-kawan atau pun family....
aku nak kongsi dengan korang semua tentang kehidupan yang aku sentiasa ingat di dalam hatiku iaitu semasa kehidupanku di matrik...
di matrik baru aku tahu kehidupan yang sebenar selepas keluar daripada kepompong dunia sekolah...
di matrik jugaklah banyak pengalaman yang aku dapatdan tidak dapat aku lupakan....


Meh aku ceritakan serba sedikit tentang kehidupanku di matrik...setelah aku tamat pengajia aku di PLKN Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan...aku sungguh frust sekali cz aku tidak diterima ke IPTA...kawan2 PLKN aku kebanyakan yang aku rapat semua dapat IPTA...frust menonggeng2....lepas seminggu kawan-kawan aku meninggalkan aku...mama aku kol dan menyatakan aku telah dapat tawaran ke matrikulasi Pulau Pinang (matrik idaman aku tue)...aku melonjak kegembiraan sampai kena marah dengan jurulatih aku sebab buat bising...
hhuuhuhuu tapi lagi buat aku sedih mama aku x bagi aku masuk ke matrik cz dia kata nnt aku x leh bawak sedangkan kakak aku yang pandai tue x leh bawak inikan pula aku....aku rasa sangat duka cita...aku tahu aku memang x pandai...SPM pun sekadar cukup2 makan....lepas tu aku memang sedih giler...seminggu jgklah aku jadi pendiam sehingga aku dipangggil oleh jurulatih aku...jurulatih aku bertanya kepada aku masalah aku. aku apa lagi meraung sakan..huuhhuhu..aku pun menceritakan apa yang membuatkan aku sedih....jurulatih aku memberi nasihat supaya tidak memikir sangat perkara tue...habiskan dulu pengajian disini dahulu...nnt balik baru settlekan masalah nie.(waktu tue aku hanya ada sebulan utk abiskan PLKN). aku pun  teruskan lagi...
nie platonku di PLKN Batu Jong Kuala Krai, Kelantan
setelah tamat sesi pengajian aku di PLKN, aku pun balik...bila aku balik persoalan di mana aku nak ke tak g matrik tur dipersoalkan...aku cakaplah aku memang teringin sangat nak pergi ke matrik. pergi ke matrik adalah idaman aku dari akutingkatan empat lagi...aku berazam untuk capai target aku supaya aku leh g matrik tapi nasib tidak menyebelahi aku..result SPM aku agak mundur da aku x yakin dapat matrik...tapi bila aku dah dapat family aku pulak tak bagi...mama aku suh masuk form 6...aku memang blcklist form 6.(jangan terasa sapa yang masuk form 6. nie adalah sebab aku x suka bukan ada kena mengena dengan orang lain).
aku masih lagi menentang keinginan mama untuk aku masuk form 6.seminggu jgklah masam muka tapi le[as tue aku give up...ok aku ikut cakap mama aku....aku g ar daftar nama kat sekolah lama aku....masa aku g sekolah lama aku...nama aku xde dalam senarai nama form 6 di sekolah aku...kerani tue cakap aku budak sains kena g sekolah methodist...aku pun dgn frust g jgklah ke sekolah methodist...sampai kat sekolah tu aku pun cakaplah aku nak daftar form 6...cari dok cari nama tetiba xde jugak nama aku..aku pun heran jugaklah...kenapalah nama aku xde jgk kat sekolah nie...aku pun tanyalah kerani sekolah tu...dia tanya aku ader dapat tawaran mana2 x??aku cakap aderlah matrikulasi...pastu kerani tue cakap...mungkin sebab aku dapat matrikulasi nama aku xde dalam form 6....aku balik dengan hati yang gemmmmmmmmbira sangat cz mama xde pilihan lain untuk memilih kerana matrikulasi satu2 jer tawaran yang aku. nak tau x nak...mamam terpaksa membenarkan aku g matrikulasi jgk.gembira aku memang x terkata....


Pada tanggal 26 Jun 2006, aku telah pergi ke matrikulasi untuk pendaftaran pelajar baru di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
logo KMPP

pintu masuk KMPP


...untuk pengetahuan semua...aku bukan pelajar metrikulasi yang setahun @ Program Satu Tahun (PST)...aku ditempatkan di Program Dua Tahun (PDT)...aku x kisah pun mana2 janji akud dapat belajar di sana....kebetulan kawan setaman dengan aku satu matrikulasi dengan aku...WAH...lagi gembiralah aku....aku sampai kawan aku tengah tunggu aku...dia banyak tolong aku semasa aku disana...thanks a lot for Hassuna binti Johari (Sunna).
nielah sunna
aku pun mulalah kehidupan aku di matrik.....mula2 cm besalah orientasi...aku telah ditempatkan di blokA4. no bilik A4.3.5. roomate aku ada 3 orang iaitu mai yang berasal dari perak, farah dari kedah (sungai petani) dan ros berasal dari Terengganu. 
bersama roomate bulan posa

nie ros

nie farah

nie mai
bermulalah kehidupanku sebagai pelajar matrikulasi....baru aku tahu cm na rasanya dok matrik...jangan cakaplah giler2 study....huuhhuuhuh..bayangkanlah satu hari boleh habiskan satu bab???boleh bayangkan x??????pensyarah hanya menekan slide di komputer....
betulah kata orang masuk matrik nie macam kita mula belajar balik....apa yang kita belajar di sekolah semua tak leh diaplikasikan di matrik....masuk matrik is a 0 kembali..belajar balik cm belajar merangkak dan lain-lain..aku telah ditempatkan di kelas DHP1...hhuhuhuhu...kelas yang paling giler aku rasanya kerana orang di dalam tue smeuanya giler-giler...x kira lelaki atau perempuan...
hahahahhahaha


episod akan datang aku akan ceritakan tentang kawan2 aku di matrik dan kisah percintaan aku di sana...
CEWAH...hahahhahaha...hanya ingin berkongsi pengalaman yang kelakar dan tidak matang nie...
jumpa lagi....
ADIOS Guys...
wassalam....

Wednesday, 23 February 2011

MenCaRi PeNaWaR HaTi YaNg LaRa





AsSaLaMMuaLaiKuM.....


kita berjumpa lagi....hari ini hari yang sangat memenatkan dalam hidupku....xkiralah badan atau hati...dua-dua sudah penat...satu hari yang sangat penuh dalam hidup aku....
bilalah semua nie akan berakhir...x larat rasanya...makin nak abis belajar makin sukar untuk menjalankan kehidupan dengan tenang....apalah nasibku kali nie...


mari kita lihat kitaran hidupku pada hari nie (xthlah korang pny kehidupan hari)....
pagi : macam biasa...kuliah tapi pagi tadi dari kul 8 hingga 11.30 ader seminar terapi pertuturan untuk guru pelatih pendidikan khas....best jgk seminar tue....aku mempelajari sesuatu yang aku tidak pernah tahu sebelum nie...
kusyuk mendengar ceramah
tue die penceramah kita...


   selepas tue...aku ader kuliah selama 2 jam 30 minit iaitu EDU (Budaya dalam Pembelajaran).hari ini kiotrang kena bentang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perayaan di Malaysia...yang sangat kelakar kumpulan aku kena melakonkan apa yang ader di dalamRPH tue (huuhuu)..apa lagi...ader yang jadi muthu... ader yang jadi sue ling han nin....jadi orang asli dan banyak lagi...kumpulan aku menjadi orang cina di mana aku kena menyanyi lagu tahun baru cina...gilerrrrrrrrrrr...sangat malu n kelakar kmot..first time aku wat perkara cm nie...hahahhahaa tak sanggup untuk melihat video yang telah kawan aku rakam....dan yang best kumpulan aku telah mendapat hadiah daripada guru aku kerana telah membuat persembahan yang baik...wah wah...best..best...
nie hadiah yang aku dapat..

cantik x??i like greennnn

nie ahli kumpulanku...
.ok...tu sebelah pagi hingga petang dalam area 2.30ptg...pastu aku pun balik ke bilik dan pada pukul 4 petang pulak aku ader mesyuarat dan taklimat untuk ke UKM sok pagi....x sabar rasanya nak g UKM....besalah nak jumpa buah hati...ahaks.... sapa tue???? 
tunnnnnnnnnnggggggggguuuuuuuu dan lihat sahaja...
hahahhahahahahah.......
pastu abis mesyuarat dan taklimat...pergi ke Kompleks Puteri Gunung Ledang(PGL)@stadiun untuk membuat persiapan gelanggang untuk Karnival Permainan Tradisional 2011 yang akan berlangsung selama 2 hari iairu hari jumaat (untuk saringan) dan ari Sabtu (Separuh akhir dan Akhir)....aku telah ditugaskan untuk menbuat persiapan tempat untuk permainan Cap teh...you all tahu x cap teh tue apa??? sapa2 yang xth tue meh aku bgth....cap teh tue di cm bulu ayam..permainan dia kena timbang cam takraw...
nie banner untuk K.P.T batch aku

nie ler cap teh
setelah semuanya selesai...aku balik ke bilik kul 7(hampirlah)....penat sangat....malam nie pulak nak wat assignment yang sedang melambak nie...leh jual kat pasar malam.....tapi aku rasa xde sapa yang nak beli cz sangat susah nak buat....sapa yang boleh tolong aku...
huhuuhuhu diri sendiri ler gamaknya....alahai....
nielah kehidupanku seharian....hatiku jugak rasa sakit dan perit bila sesuatu yang aku buat tidak dihargai...
apalah nasib...aku pelik cz rasanya dah bertahun kot bersama dengan aku tapi still x paham cara aku.... aku akui yang aku nie bukanlah sahabat atau kawan yang baik....aku tahu..aku banyak kekurangan dari kelebihan cuma satu jer yang aku pinta wahai sahabat-sahabatku....pahamilah caraku nie....aku nampak jer garang di luar tapi hati aku sangat rapuh (mudah tersentuh kot walaupun benda tue sebesar zarah)....aku minta maaf sekiranya aku pernag menyakiti hati sapa2 yang telah kulukai....aku kadang2 tak nampak so harap2 slow talk dengan aku kalo ader yang x puas ati...aku akan cuba perbaiki perangaiku@sikapku yang korang tidak senangi.....


hati yang sedang parah..
oklah sampai disini jerlah aku tulis...mataku nie tidak boleh dibuka seluas dah nie...makin lama makin layu... kita jumpa di hari dan waktunyang lain.....
harap2 aku leh update aku punya blog walaupun blog aku nie xde pape lagi...
tengah dalam usaha untuk mencantikkan blog aku nie...
huhuhhuuhuhu
chow chin chow.....babai....
samsamida.....
wassalam....