Friday, 25 February 2011

kenangan mengusik jiwa

Assalammualaikum...


setiap orang mesti mempunyai sesuatu kenangan yang tidak dapat dilupakan...x kiralah sama ada dari segi percintaan ker kawan-kawan atau pun family....
aku nak kongsi dengan korang semua tentang kehidupan yang aku sentiasa ingat di dalam hatiku iaitu semasa kehidupanku di matrik...
di matrik baru aku tahu kehidupan yang sebenar selepas keluar daripada kepompong dunia sekolah...
di matrik jugaklah banyak pengalaman yang aku dapatdan tidak dapat aku lupakan....


Meh aku ceritakan serba sedikit tentang kehidupanku di matrik...setelah aku tamat pengajia aku di PLKN Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan...aku sungguh frust sekali cz aku tidak diterima ke IPTA...kawan2 PLKN aku kebanyakan yang aku rapat semua dapat IPTA...frust menonggeng2....lepas seminggu kawan-kawan aku meninggalkan aku...mama aku kol dan menyatakan aku telah dapat tawaran ke matrikulasi Pulau Pinang (matrik idaman aku tue)...aku melonjak kegembiraan sampai kena marah dengan jurulatih aku sebab buat bising...
hhuuhuhuu tapi lagi buat aku sedih mama aku x bagi aku masuk ke matrik cz dia kata nnt aku x leh bawak sedangkan kakak aku yang pandai tue x leh bawak inikan pula aku....aku rasa sangat duka cita...aku tahu aku memang x pandai...SPM pun sekadar cukup2 makan....lepas tu aku memang sedih giler...seminggu jgklah aku jadi pendiam sehingga aku dipangggil oleh jurulatih aku...jurulatih aku bertanya kepada aku masalah aku. aku apa lagi meraung sakan..huuhhuhu..aku pun menceritakan apa yang membuatkan aku sedih....jurulatih aku memberi nasihat supaya tidak memikir sangat perkara tue...habiskan dulu pengajian disini dahulu...nnt balik baru settlekan masalah nie.(waktu tue aku hanya ada sebulan utk abiskan PLKN). aku pun  teruskan lagi...
nie platonku di PLKN Batu Jong Kuala Krai, Kelantan
setelah tamat sesi pengajian aku di PLKN, aku pun balik...bila aku balik persoalan di mana aku nak ke tak g matrik tur dipersoalkan...aku cakaplah aku memang teringin sangat nak pergi ke matrik. pergi ke matrik adalah idaman aku dari akutingkatan empat lagi...aku berazam untuk capai target aku supaya aku leh g matrik tapi nasib tidak menyebelahi aku..result SPM aku agak mundur da aku x yakin dapat matrik...tapi bila aku dah dapat family aku pulak tak bagi...mama aku suh masuk form 6...aku memang blcklist form 6.(jangan terasa sapa yang masuk form 6. nie adalah sebab aku x suka bukan ada kena mengena dengan orang lain).
aku masih lagi menentang keinginan mama untuk aku masuk form 6.seminggu jgklah masam muka tapi le[as tue aku give up...ok aku ikut cakap mama aku....aku g ar daftar nama kat sekolah lama aku....masa aku g sekolah lama aku...nama aku xde dalam senarai nama form 6 di sekolah aku...kerani tue cakap aku budak sains kena g sekolah methodist...aku pun dgn frust g jgklah ke sekolah methodist...sampai kat sekolah tu aku pun cakaplah aku nak daftar form 6...cari dok cari nama tetiba xde jugak nama aku..aku pun heran jugaklah...kenapalah nama aku xde jgk kat sekolah nie...aku pun tanyalah kerani sekolah tu...dia tanya aku ader dapat tawaran mana2 x??aku cakap aderlah matrikulasi...pastu kerani tue cakap...mungkin sebab aku dapat matrikulasi nama aku xde dalam form 6....aku balik dengan hati yang gemmmmmmmmbira sangat cz mama xde pilihan lain untuk memilih kerana matrikulasi satu2 jer tawaran yang aku. nak tau x nak...mamam terpaksa membenarkan aku g matrikulasi jgk.gembira aku memang x terkata....


Pada tanggal 26 Jun 2006, aku telah pergi ke matrikulasi untuk pendaftaran pelajar baru di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
logo KMPP

pintu masuk KMPP


...untuk pengetahuan semua...aku bukan pelajar metrikulasi yang setahun @ Program Satu Tahun (PST)...aku ditempatkan di Program Dua Tahun (PDT)...aku x kisah pun mana2 janji akud dapat belajar di sana....kebetulan kawan setaman dengan aku satu matrikulasi dengan aku...WAH...lagi gembiralah aku....aku sampai kawan aku tengah tunggu aku...dia banyak tolong aku semasa aku disana...thanks a lot for Hassuna binti Johari (Sunna).
nielah sunna
aku pun mulalah kehidupan aku di matrik.....mula2 cm besalah orientasi...aku telah ditempatkan di blokA4. no bilik A4.3.5. roomate aku ada 3 orang iaitu mai yang berasal dari perak, farah dari kedah (sungai petani) dan ros berasal dari Terengganu. 
bersama roomate bulan posa

nie ros

nie farah

nie mai
bermulalah kehidupanku sebagai pelajar matrikulasi....baru aku tahu cm na rasanya dok matrik...jangan cakaplah giler2 study....huuhhuuhuh..bayangkanlah satu hari boleh habiskan satu bab???boleh bayangkan x??????pensyarah hanya menekan slide di komputer....
betulah kata orang masuk matrik nie macam kita mula belajar balik....apa yang kita belajar di sekolah semua tak leh diaplikasikan di matrik....masuk matrik is a 0 kembali..belajar balik cm belajar merangkak dan lain-lain..aku telah ditempatkan di kelas DHP1...hhuhuhuhu...kelas yang paling giler aku rasanya kerana orang di dalam tue smeuanya giler-giler...x kira lelaki atau perempuan...
hahahahhahaha


episod akan datang aku akan ceritakan tentang kawan2 aku di matrik dan kisah percintaan aku di sana...
CEWAH...hahahhahaha...hanya ingin berkongsi pengalaman yang kelakar dan tidak matang nie...
jumpa lagi....
ADIOS Guys...
wassalam....

Wednesday, 23 February 2011

MenCaRi PeNaWaR HaTi YaNg LaRa





AsSaLaMMuaLaiKuM.....


kita berjumpa lagi....hari ini hari yang sangat memenatkan dalam hidupku....xkiralah badan atau hati...dua-dua sudah penat...satu hari yang sangat penuh dalam hidup aku....
bilalah semua nie akan berakhir...x larat rasanya...makin nak abis belajar makin sukar untuk menjalankan kehidupan dengan tenang....apalah nasibku kali nie...


mari kita lihat kitaran hidupku pada hari nie (xthlah korang pny kehidupan hari)....
pagi : macam biasa...kuliah tapi pagi tadi dari kul 8 hingga 11.30 ader seminar terapi pertuturan untuk guru pelatih pendidikan khas....best jgk seminar tue....aku mempelajari sesuatu yang aku tidak pernah tahu sebelum nie...
kusyuk mendengar ceramah
tue die penceramah kita...


   selepas tue...aku ader kuliah selama 2 jam 30 minit iaitu EDU (Budaya dalam Pembelajaran).hari ini kiotrang kena bentang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perayaan di Malaysia...yang sangat kelakar kumpulan aku kena melakonkan apa yang ader di dalamRPH tue (huuhuu)..apa lagi...ader yang jadi muthu... ader yang jadi sue ling han nin....jadi orang asli dan banyak lagi...kumpulan aku menjadi orang cina di mana aku kena menyanyi lagu tahun baru cina...gilerrrrrrrrrrr...sangat malu n kelakar kmot..first time aku wat perkara cm nie...hahahhahaa tak sanggup untuk melihat video yang telah kawan aku rakam....dan yang best kumpulan aku telah mendapat hadiah daripada guru aku kerana telah membuat persembahan yang baik...wah wah...best..best...
nie hadiah yang aku dapat..

cantik x??i like greennnn

nie ahli kumpulanku...
.ok...tu sebelah pagi hingga petang dalam area 2.30ptg...pastu aku pun balik ke bilik dan pada pukul 4 petang pulak aku ader mesyuarat dan taklimat untuk ke UKM sok pagi....x sabar rasanya nak g UKM....besalah nak jumpa buah hati...ahaks.... sapa tue???? 
tunnnnnnnnnnggggggggguuuuuuuu dan lihat sahaja...
hahahhahahahahah.......
pastu abis mesyuarat dan taklimat...pergi ke Kompleks Puteri Gunung Ledang(PGL)@stadiun untuk membuat persiapan gelanggang untuk Karnival Permainan Tradisional 2011 yang akan berlangsung selama 2 hari iairu hari jumaat (untuk saringan) dan ari Sabtu (Separuh akhir dan Akhir)....aku telah ditugaskan untuk menbuat persiapan tempat untuk permainan Cap teh...you all tahu x cap teh tue apa??? sapa2 yang xth tue meh aku bgth....cap teh tue di cm bulu ayam..permainan dia kena timbang cam takraw...
nie banner untuk K.P.T batch aku

nie ler cap teh
setelah semuanya selesai...aku balik ke bilik kul 7(hampirlah)....penat sangat....malam nie pulak nak wat assignment yang sedang melambak nie...leh jual kat pasar malam.....tapi aku rasa xde sapa yang nak beli cz sangat susah nak buat....sapa yang boleh tolong aku...
huhuuhuhu diri sendiri ler gamaknya....alahai....
nielah kehidupanku seharian....hatiku jugak rasa sakit dan perit bila sesuatu yang aku buat tidak dihargai...
apalah nasib...aku pelik cz rasanya dah bertahun kot bersama dengan aku tapi still x paham cara aku.... aku akui yang aku nie bukanlah sahabat atau kawan yang baik....aku tahu..aku banyak kekurangan dari kelebihan cuma satu jer yang aku pinta wahai sahabat-sahabatku....pahamilah caraku nie....aku nampak jer garang di luar tapi hati aku sangat rapuh (mudah tersentuh kot walaupun benda tue sebesar zarah)....aku minta maaf sekiranya aku pernag menyakiti hati sapa2 yang telah kulukai....aku kadang2 tak nampak so harap2 slow talk dengan aku kalo ader yang x puas ati...aku akan cuba perbaiki perangaiku@sikapku yang korang tidak senangi.....


hati yang sedang parah..
oklah sampai disini jerlah aku tulis...mataku nie tidak boleh dibuka seluas dah nie...makin lama makin layu... kita jumpa di hari dan waktunyang lain.....
harap2 aku leh update aku punya blog walaupun blog aku nie xde pape lagi...
tengah dalam usaha untuk mencantikkan blog aku nie...
huhuhhuuhuhu
chow chin chow.....babai....
samsamida.....
wassalam....

Monday, 21 February 2011

Bermulalah ceritaku

AssaLamMuaLaiKuM......

Hai to everybody....actually ini adalah kali pertama saya melayari blogspot ini...
apa yang menarik minat aku untuk membuat satu blog untuk diri sendiri ini adalah kerana ada beberapa sebab. antara Sebabnya ialah
1. ramai member-member aku daH ada blog
2. aku suka membaca blog orang espacially kawan-kawan aku
3. aku nie suka menulis.(kalo bukan pada word, akanku tulis pada diariku yang sentiasa menemaniku dalam kehidupanku...
4. lastly....aku banyak benda nak cerita tapi tidak terluah pada orang lain....

hopefully sesiapa yang baca blog aku nie jangan ada yang terasa tau memendam perasaan..
biasalah dalam kehidupan ni ader jer benda yang kita suka dan duka....
samalah cam aku nie...
aku bukan yang jenis yang suka cakap direct....
aku x nak melukai hati sesiapa...
so lebih baik aku menceritakan supaya tidak menyakiti hati sesiapa..
sesiapa terasa aku minta maaf....
seperti kata pepatah
"SaPa MaKaN CiLi Dia aKaN RaSa PeDaSnYa"

hahahahahhaha
begitulah ceritaku...
Nantikan Cerita-cerita yang menarik (walaupun ada yang rasa tak menarik)...
See You Later...
Assalammualaikum....